HOME TIPS REVIEW

Takut


"Manusia takut pada sesuatu yang mereka tak tau.
Orang takut pada hantu,sebab mereka tak tau kenapa hantu begitu.Kenapa wajah hantu hodoh.
Kenapa kuku mereka panjang.Kenapa mata mereka merah.Kenapa gigi mereka tajam.
Kenapa pontianak ketawa,menangis dan mengilai dia atas pohonnya.
Kenapa pocong melompat dalam kain kapannya.
Kenapa saka hingga ke akhir pun enggan meninggalkan tuannya.
Orang takut pada semua benda yang mereka tak tau.
Takut pada kegelapan sebab mereka tak tau apa yang ada di hadapan mereka.
Takut pada kematian sebab mereka tak tau apa yang akan berlaku selepas itu.
Begitu juga manusia takut pada kiamat.
Sebab mereka tak tau bagaimana rasanya untuk berhadapan dengan kehancuran penghujung kepada setiap benda yang mereka kenal dan sayang selama ini.Penamat kepada segalanya.
Mereka boleh baca,mereka boleh bayangkan,mereka boleh mendengar cerita.
Tapi mereka tak mungkin boleh benar-benar tau.Sebab tu mereka takut."
  

Sumber dari:Buku takda tajuk

No comments:

Post a Comment