HOME REVIEW

Tips:Giveaway & Segmen

Hai uollssss..harini i nak bagi tips sikit untuk sape-sape yg bercadang nak buat giveaway/segmen kali pertama atau kali ke seratus empat pulohh..haha."Merepek nya u ni" ok jom start utk tips yg pertama 

Promote 
 - yg ni sangat penting,kalau awak rasa awak dah hot,tak payah la promote,itu pon kalau followers awak dah beribu (tapi kalau promote lagi bagus)Selagi boleh promote,kau promote.Tak tau nak promote dekat mana? Kau boleh je pergi carik giveaway yg kau join atau follower kau yg join.Pergi dekat entry diorg,klik banner yg dilink kan.Nanti bila korang dah sampai dekat blog tuan penganjur tu kau pergi dekat senarai peserta.Tipu la kalau diorg buat giveaway/segmen tapi takde senarai peserta.selalunya senarai peserta dekat bahagian bawah-bawah entry,kalau takde *mungkin penganjur lupa* pergi carik dekat blog archive.Kena rajin sikit!! Nanti bila dah ada senarai peserta.Kau pegi dekat link-link peserta tu.Pastu? Apa lagi,promote la.Nak promote dekat komen entry giveaway dia boleh,dekat cbox pon boleh.Tapi kalau boleh promote dekat cbox la,sebab senang tuan blog tu nak tengok.Lagi satu,kalau korang promote dekat komen,pastikan link yg korang send tu telah di link kan..link yg boleh di klik maksudnya.Barulah org tertarik nak join segmen/giveaway awakkkk. 

Syarat-syarat 
 - kau pernah tak join giveaway yg hadiah kebabooom meltoppp letopp.Mesti syarat dia banyak kan? Kalau boleh syarat-syarat tu kurangkan sikit.Setakat like page fb,follow blog,twitter,instagram,klik ads ok lagi.Ni sampai nak like gambar,share gambar bagaii,memang idokkk lee org nak join.Kalau aku sebelum join memang baca dulu syarat-syarat,kalau syarat dia banyak sangat,aku tak jadi join.Walaupon hadiah kereta sebijik,iponsick 5 ketul.Sebab aku ni pemalas sikit..hehe.Lagi-lagi time klik ads.nak tunggu habis loading semua,dapat pulak time tu line tenet kau mcm mintak kaki.Menderita weyhh.So janganlah letak syarat-syarat banyak sangat. 

Mudahkan 
 - untuk korang yg nak buat giveaway tu,kalau boleh senangkan lah peserta-peserta anda.(Mcm,ada separuh tu,buat sebuah entry yg bertajuk First Giveaway By Sarabanon &  Kak Leha Bunting,letak banner diatas dan linkkan pada entry ni,letak senarai hadiah sekali,letak syarat-syarat sekali,letak banner blog kak leha bunting dgn sarabanon sekali.)Tak ke susah tu,bila dah tengok banyak yg nak ditepekkan dekat entry diaorg,diaorg pon rasa malas & menyusahkan.Kalau boleh korang berkorban la sikit,buat sample entry untuk diorang means suruh diorg copy pastu pastekan dekat bahagian code untuk entry tu.Jadi,berkorban la sikit..kata nak ramai join? Mudahkan sikit kerja diorg.Sekali sekala,tak salah pon awakk. 

Rajin 
 - korang kena rajin check komen entry giveaway/segmen korang.Lepastu cepat-cepat update senarai peserta.Barulah org yg nak join tu dapat blogwalking dengan senang.Kalau boleh tiap-tiap hari pegi check.Kalau tak nak on laptop pon,check pakai phone ..lagi senang.Sebab bila dah on laptop pastu tengok takde peserra baru,tak ke membazir masa.Kalau check pakai phone,takda buang masa sangat.
Phone saya takde internet?
Mcm tipu je,mcm bohong je.Bagi yg takde phone atau phone takde tenet tu,kena usaha lebih sikit.Sekurang-kurangnya kalau tak nak membazir masa,tiap-tiap malam sebelum tido ke on la laptop kejap.Kan mudah tu.Awakk..kalau awk usaha,mesti dapat punya.Kejap atau pon lambat je.Kena sado sikit eh. 

Tawakal  
- .Korang tawakal je,mintak doa.Bila dah usaha,doa..mintak dekat Allah supaya permudahkan urusan kita dan melancarkan giveaway kita dengan selamat.

 Redha  
- Kalau peserta ada ciput je mcm kes aku yg lepas,korang redha je lah.Ataupon ada masaalah teknikal ke apa kan.Redha je awkk.Mungkin takde rezeki buat masa ni,awak boleh cuba lain hari.Ingat,Allah ye.Mungkin ada sebab Allah tak makbulkan permintaan kita.Mungkin bila kita dah berjaya buat segmen/giveaway kita rasa riak ke? Mana la tauu.Ye laa followers dah bertambah katenya. 

Ok..tangan penat menaip.Kalau ada typo bagitau dekat komen tau :B tu sahaja tips yg aku nak bagi berdasarkan pengalaman aku.Bye~ 

1 comment:

  1. nice sharing zaf ^^ ina setuju sangat ... first kalau nak buat giveaway ni kena make sure syarat dia mesti mudah. second, baru lah promote habis-habisan. insyaallah ramai orang join ^^

    ReplyDelete