HOME TIPS REVIEW

Recipe:Cheesekut (no bake)

Alhamdulillah banyak komen (2 je😜) positif yg sis dapat tentang new look blog ni,cepat loading dan tidak berat katanya.Mungkin tahun depan baru sis tukar design blog. 


Wowwowowow!! Menggoda tak? 

Resepi aku ikut dekat blog cik epal tapi aku ada ubah sikit. 

Bahan-bahan
•Cream cheese (150 gram)
•Susu pekat (½ tin)
•Biskut Cream Crackers (aku pakai Jacobs je)
•Air Milo (nak pakai susu pon boleh)
•Oat 


1. Pukul cream cheese sampai hancur berderai tipahtertipukucintapadamu guna mixer 

2.Campurkan ½ tin susu pekat,then kacau sampai sebati di dalam jiwa yang lara ini 

3.Celupkan biskut dalam air milo/susu (kejap je sebab nak bagi dia lembik² sikit,jangan pulak kau buat sampai hancur biskut tu!) 

4.Letak biskut yang dah dicelupkan tadi dalam loyang/bekas,buat 1 layer biskut dulu. 

5.Ratakan cream cheese+susu pekat atas biskut. 

6.Ulangi langkah 3-5 

7.Layer last sekali tu habiskan semua cream cheese+susu pekat dan ratakan sampai nampak gojes💟 

8.Taburkan oat,kalau nak pakai nestum pon boleh tapi manis ah kang potong kaki kang 

9.Akhir sekali boleh la makan simpan dalam peti ais,sedap makan bila sejuk² 
  
10.Dan akhirnya boleh la ngap setelah 2 jam disejukkan   


Ok,good luck pretty✨

2 comments: