HOME TIPS REVIEW

Senior + Respect

 
Credit:Google
Kelas aku atas dewan tertutup tapi bila SPM dah dijalankan kelas atas (1rk,2rk,3rk,4 sains) dewan tertutup tu kena pindah sebab takut terganggu dan bising (kelas aku paling bising) 

1rk pindah bilik transit,2rk,3rk,3b pindah kelas 5 akaun,5 ekonomi dengan 5 perdagangan.Gigih la aku angkut buku bawak naik tingkat atas sekali(tingkat 4) time dapat tau kitaorang kena pindah kelas 5 perdagangan semua macam what the heck tinggi la,letih la aku nak naik tangga,ada yang semput la. 

Kitaorang dapat kelas 5 perdagangan kalau dekat sekolah ni 5 perdagangan kelas yang macam last sekali untuk pelajar yang kurang pandai. 

Aku dengan kawan-kawan duduk belakang,tengah sekali.Time rehat ada abang tu (pelajar 5 perdagangan) ketuk pintu,panggil salam then cakap "nak masuk boleh?" Time tu aku macam terpaku la(bukan sebab rupa dia) aku time tu macam respect gila la sebab kalau aku jadi abang tu pon aku akan ketuk ,panggil salam then terus pergi tempat duduk aku.Abang tu nak ambik buku bawah meja.
Kau tau tak style abang-abang ni nak ambik buku macam mana? Dia dah panggil salam,ketuk pintu,tanya boleh tak masuk kelas,dah sampai dekat meja dia,dia ketuk meja dia sambil bagi salam pastu dia cakap dia nak ambik buku bawah meja.Perghh,memang time tu aku respect gila nak mateyy la abang yang datang tu.Adalah dalam 3 orang masuk kelas ambik buku,semua style macam aku cakap tadi. 

Kalau kau tak pandai pon tapi kau ada budi bahasa,orang akan respect dekat kau.Kalau kau pandai tapi attitude cam sampah tepi rumah aku pon tak guna. 

Kau tau tak kenapa aku terlalu respect abang tu,sebab sebelum ni aku tak pernah jumpa senior yang tinggi budi bahasa macam tu.Memang aku respect gila.Good Luck SPM ye bang.Next year takde abang baik macam ni lagi T^T

1 comment:

  1. Seronok je kan tengok orang yang berbudi bahasa ni? Rasa sejuk ja hati nengoknya. Hahaha. Ni kalau pandai pon tapi perangai tak semegah memang tak tahan rasa.

    ReplyDelete