HOME REVIEW RANDOM LIFESTYLE

15 December 2015

Kenali Jenis-jenis Pumps Shoes

Haaa..siapa sini suka kumpul kasut? Kasut merupakan rakan karib kepada semua wanita terutama sekali bagi mereka yang amat menggemari fesyen. Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika anda segelintir wanita yang sanggup berhabis sejumlah wang yang banyak semata-mata untuk memiliki koleksi kasut idaman mereka. Jadi, apakah jenis kasut yang anda gemari? Adakah anda penggemar koleksi high heels? Atau sandals? Menyentuh mengenai heels, tahukah anda bahawa koleksi high heels juga dikenali sebagai pumps shoes?Ok jom kita tengok jenis-jenis pumps shoes dan jenis-jenis majlis atau tempat yang sesuai untuk dipakai!
Jenis pumps shoes yang paling digemari ramai wanita adalah koleksi classic heels seperti berikut. Kasut jenis ini selalunya dipakai untuk ke pejabat atau pun ketika ingin menghadiri majlis-majlis rasmi yang lain.Jadi kalau korang rasa takda idea nak pakai kasut apa untuk ke pejabat korang boleh pakai classic heels ni.

Jenis kedua pula adalah rekaan open-toe heels yang mempunyai rekaan bukaan kecil pada bahagian jari si pemakai. Jenis heels ini sesuai digayakan untuk ke apa jua acara yang ingin anda hadiri.Tak kisah la korang nak pergi ke pejabat,majlis rasmi,shopping ke korang sarung je kasut ni sebab ia sesuai untuk apa-apa acara. 


Bagi anda yang inginkan lebih kestabilan pula, koleksi wedges heels adalah pilihan yang paling terbaik. Rekaan wedges yang direka dengan struktur  tapak yang lebih tebal dan sekata memberikan anda keselesaan sepanjang pemakaian.

Dan jika anda kurang berkeyakinan untuk memakai kasut yang bertumit tinggi, anda boleh memakai jenis pumps shoes yang seterusnya iaitu kitten heels shoes. Apa yang membezakan rekaan kitten heels ini dengan koleksi high heels yang biasa adalah ketinggian tumit yang jauh lebih rendah.Kalau korang jenis yang tak biasa pakai tumit tinggi atau takut terjatuh ke tapi korang nak jugak bergaya,korang boleh pakai kitten heels shoes.

No comments:

Post a Comment