HOME REVIEW

Rendahkan Ego

Hai ssup. 

Siapa suka orang yang ego tinggi? Tell me? Huhu. 
Ok aku nak share cara rendahkan ego yang aku punya cara la ni fresh dari otak hahahahahaha. 


1.Maaf
-Minta maaf kalau ada perselisihan faham,pergaduhan tak kisah la dengan bf ke gf ke kawan ke family ke jiran ke dak2 twitpemes ke hahahahahaha.Tak kira la korang salah ke tak,tolong rendahkan ego minta maaf,cakap ja bukan kena pikul badan aku yang berat ni pon.Tak susah.Tak rugi pon kalau kita minta maaf atau bertolak ansur, orang lagi respect babe!! Sampai bila nak tunggu orang tu minta maaf dekat korang baru korang maafkan,itupon ada yang jenis "AHHH,MAAF AKU NI MAHAL SEMAHAL 2.6 BILLION AKU TAKKAN MAAFKAN KAU SAMPAI AKU MATI" kalau kita minta maaf dulu mesti hati kita tenang,trust me. 



2.Senyum
-Ya,senyum.Aku tak suruh pon korang senyum sampai telinga.Senyum biasa ataupon maniskan muka bila berdepan dengan orang atau berselisih dengan orang.Kalau musuh atau perampas bf kau lalu depan kau pon senyum je la,kalau kau senyum sinis dekat dia aku babap kau nanti. 



3.Bersalaman
-Contoh kalau kau ikut mak kau pergi kenduri mana-mana kan mesti ada acik2 or pakcik2 dekat sana so apa salahnya bersalaman dengan diaorang kan sopan gituewww.Tapi kena jugak ikut batasan  jangan nampak abang hensem kau salam dia pulak(untuk perempuan). 



4.Tanya Khabar
Ringankan mulut tanya khabar sesiapa pon even tu kawan kau yang suka mengata kau,tikam belakang kau atau yang suka curik pemadam kau.Kau jangan pulak perli dia "apa khabar?sihat?hidup lagi kau rupanya? Hahahahaha" aku rembat kau kang. 



Ok itu sahaja yang fresh dari otak aku.Nak rendahkan ego ni senang dan tak rugikan apa-apa pon malahan orang akan recpect kau lagi ok.Kalau korang ada nak tambah sila komen okay.Selamat merendahkan ego korang!! 

6 comments:

  1. hek eleh senang je rupanya nk rendahkan ego.
    Hahahaha NO. Nampak senang tapi mashaallah T_T
    allah je tahu how hard it is kan huhuhu
    thanks awak! <3

    ReplyDelete
  2. yeppp ina setuju sangat dengan maaf atas sekali tu.
    to be honest, ina pun seorang yg ego jugak T-T haihhh
    insyaallah ina akan praktikkan benda2 kat atas tu

    ReplyDelete
  3. mintak maaf tu yg paling bagus sekali utk turunkan orang yg ego, huhu

    ReplyDelete
  4. Kadang-kadang bukan ego tapi malu.. Ka sama ja? adehh

    ReplyDelete
  5. Maaf tu yang paling susah nak dikatakan, walaupun simple pada pandangan mata orang. hahaah.. Ego ke itu?

    ReplyDelete
  6. Nice sharing sis. Memang simple je cara dia kan, tp hanya org yg betul2 kuat boleh buat semua tu :") huhu

    ReplyDelete