HOME REVIEW

Bawal Or Shawl?

Ssup

Bawal or shawl? Benda ni aku dah naik menyampah dah bila ada lelaki yang kata "Perempuan kalau pakai bawal lagi ayu,kemas" Yang shawl lover mesti marah kan? Aku pon marah hahahahaha.Lantak la dia nak pakai bawal ke shawl ke serban ke bini ke turban ke tudung sarung ke yang kau sibuk pahal? Hahahaha chill.

Bawal ke shawl ke,asalkan tutup aurat.Ada je orang pakai bawal tapi tak cover dada,ada je orang pakai shawl tak cover dada.Kalau yang pakai turban tu lagi lah.Semua sama je,aku as shawl lover ni pon kadang² menyampah tengok orang pakai shawl cincai boncai,macam nak tak nak hahahaha.


Perempuan pakai tudung ikut jenis muka,kalau muka bulat cam aku ni memang nampak macam ikan buntal kalau pakai bawal,dengan double chin nya.Awek kau muka V shape boleh la pakai bawal hahaha.

Pendapat korang pulak macam mana? Leave the comment down below⬇#nohate

14 comments:

  1. skrg saya pun suka pakai shawl lg drpd bawal sbb material bawal kbanyakan mmg jarang, tapi yg paling tak best tu la , muka kadang2 nmpk pipi gemuk :3

    ReplyDelete
  2. jeles tengok orang yg pakai shawl sukati belit je tapi cantik T^T

    ReplyDelete
  3. Akak lebih suka shawl dan rasa lebih sesuai dengan shawl...

    ReplyDelete
  4. he he he ofcs la shawl ftw!!! hewhew. ala jgn la menyampah dgn org yg selekeh cincai boncai sbb qila pun selekeh TT_TT

    anyway, setuju!!! ikut kita la nk pakai shawl ke bawal ke haha guys got no chill.

    ReplyDelete
  5. pakai dua dua tapi sekarang suka pakai shawl sebab besar, boleh cover :)

    ReplyDelete
  6. someone pernah ckp dkt sya yg pakai bawal lg sesuai. sya bukan saja2 nak pakai shawl. selain trend, shawl lagi bebas utk bergaya dan pelbagaikan style. tu yg best.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. dulu akak suka pakai bawal. benci sgt pakai shawl, tak reti la tak sesuai la apa la. tetiba sekarang shawl lak manjang. asalkan tutup dada kann. akak kalau pakai bawal, terdedah dada i niii ha. *sebab belit ikut cara sendiri* hihi.

    skrg bawal pon femes. budak hipster pakai. nampak dahi jendoi and rambut terkeluar sikit bhahaha

    ReplyDelete
  9. saya pun lebih suka kan shawl ... selesa dan rasa macam style sikit.. hihi pp tembam pun boleh cover :)

    ReplyDelete
  10. kena ikut mood jugak nak pakai,kalau shawl cepat sikit tak yah iron ,sekarang ni pun banyak instant soo suka hati laa kann hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak² pon sekarang dah pakai instant shawl huhu

      Delete
  11. Bawal cotton...
    Xsuka tgk yg complicated belit2.. As simple tgk lg bagus..
    Haha..
    Xpun ikan bawal un sdp tp skrg mahal dah..

    Blogwalking sini

    The New Minded

    ReplyDelete