HOME TIPS REVIEW

Story:Dapat barang lambat?

credit:google

(Cerita tahun lepas tapi baru teringat nak post) 
Sorry title cam pape je hahahahah

Last month,aku dengan kawan-kawan aku ada order barang dekat satu instashop ni.Dah lama dah bercadang nak beli tapi harga dia 😭💸.Sticker untuk calculator.Bila dah dapat tau harga kitaorang macam dah malas nak beli la. 

Pastu aku usya ig dia,ada promotion Buy 2 Free 2 RM30+RM5(postage) memandangkan kitaorang ni ada 4 orang so memang bercadang nak beli la,dah order pastu bank in haritu jugak. 

Kitaorang tunggu seminggu tapi diaorang tak bagi tracking number lagi so aku suruh kawan aku yg order dekat instashop tu tanya dah pos ke belum,kalau dah pos mintak tracking number. 

Then dia punya lambat nak reply whatsapp tu sampai tahap kau kena tunggu 2,3 hari.Pastu dia mintak balik gambar sticker yang kitaorang nak(sebab custom made) sebab dia kata file crack la mende la so kawan aku bagi balik gambar dekat dia. 

Kitaorang tunggu lagi seminggu sebab dia punya order banyak sangat sebab nampak dia macam tak menang tangan then dia kata whatsapp dia update sampai beberapa hari,kau rasa?  

credit:google

Dah masuk minggu yang ketiga dan kitaorang still tunggu,baca komen dekat ig dia,ramai yg mintak tracking number,ada yang suruh reply whatsapp.Ada tu dia bagi terus tracking number dekat komen.Dia online tapi tak baca pon,ada tu dia bagi bluetick je.Aku syak dia tak dapat handle sebab banyak sangat order. 

Perkara yang paling buat aku marah ialah,semalam aku komen dekat gambar ig dia "reply whatsapp pls" then harini aku usya la balik komen tu,rupanya dia dah delete komen tu.
Sekarang ni kitaorang tunggu lagi,tapi kemungkinan besar yang kitaorang akan dapat tahun depan sebab pakai alamat kawan aku,kalau dia dapat time cuti sekolah nanti takkan dia nak datang rumah sorang-sorang nak bagi barang,kan?  


14/11/2015
Kawan aku komen dekat ig tu mintak no tracking dan dia reply "wait please" erm..abah dia la,orang dah tunggu sebulan.Dan macam biasa,dia delete komen kawan aku.Sabar je la.. 


(Last day sekolah)
Finally dapat pon hahaahahaha. 

Bila dah dapat tu aku stalk la kan ig dia.Dia minta maaf sebab lambat siap semua sebab order banyak sangat and tak dapat handle.Ye la sape je tak nak buy 2 free 2? Harga normal Rm15 so memang berbaloi gila la kan promotion dia tu,tu yang ramai serbu.

7 comments:

  1. kira ok lagi sebab at least dapat gak, yg adik akak ni dulu penah beli baju online, dah 2 tahun, x dpt lagi sampai sekarang atau dgn erti kata lain, mmng dia x hantar pun. haram jay peniaga mcm tu dpt duit x halal, hahaha.

    tpi kengkadang menyirap jgk nk tunggu barang lama ni. sepatutnya dia meniaga kne professional. yg dia pegi delete komen cust tu lagilah buat cust fikir dia menipu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org sekarang ni x fikir halal ke haram kerja asyik nk ambik duit org je.kita tunggu barang lambat dua hari pon rasa cam seminggu hahahahaaha.

      Delete
  2. kalau sy mmg naik angin jugak,lama sgt tu. tapi at least dia dah minta maaf so its okay lah kan. hahaha janji brg dah dpt kn? jgn tak bagi je hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebulan tunggu😂rasa lama gila sbb hari² stalk ig tu.hehe asalkan dia dh minta maaf,barang dh dapat ok la tu

      Delete
  3. lama jugak tu. tapi alhamdulillah, tunggu punya tunggu sampai jugak akhirnya :D

    ReplyDelete
  4. Pheww nasibaik ending dia tak menipu. Huhuhu takut gak kan kalau kena tipu. Alhamdulillah sampai jgk finally altho sebulan huiii

    ReplyDelete
  5. fuhh menunggu dgn penuh kesabaran betul..hehe

    ReplyDelete