HOME TIPS REVIEW

Perkampungan Ilmu

Ssup,

So,minggu lepas aku join perkampungan ilmu WAJIB join untuk Tingakatan 3 sahaja.At first cam,watdahel dah la homework banyak.

Program berlangsung selama 3 hari 2 malam.Tujuan program ni untuk bagi panduan jawab soalan semua and at the same time ulangkaji pelajaran form 1,2,3.3 subjek je yang terpilih iaitu Sains,Math,English sebab tu subject kritikal.

Hari Jumaat lepas balik sekolah kena datang balik pukul 2:30.Ada sedikit ucapan dari pengetua dan guru pembimbing.Petang tu naik asrama.Ya tuhan,perkara paling benci ialah naik tangga dia,kemain curam and satu anak tangga ke anak tangga yang lain tinggi jarak dia dan kau pasti tonggek setiap kali naik tangga.

Aku hanya bawak satu back pack dengan totebag je,ada budak yang tak pernah duduk asrama semua tu bawak luggage pastu derita sebab kena naik tangga tonggek tu.Tak payah beria nak bawak barang banyak sangat,aku yang bawak 2 beg ni pon masih ada 2 baju berlebih.Ada surat kebenaran kata bawak gayung dengan baldi tapi aku tak bawak pon sebab aku mandi pakai paip getah hahahaha.

Dah sampai asrama maka semua serebu pilih katil dan aku dengan kawan² aku hanya mementingkan lantai sebab tahun lepas pernah ada program motivasi tidur dekat asrama,yang lain semua tidur atas katil tapi kitaorang hanya tidur di lantai sebab panas and lagi satu asrama tu tak banyak katil pastu kitaorang hanya dapat ambik katil bahagian atas tapi takda tangga uolls nak naik,so naik la cara ganas tapi budak katil bawah berkata"wei tak payah la naik ni tak kuat" ketika aku sedang bersusah payah nak naik.Like seriously aku tahu aku gemok tapi kau rasa katil tu akan roboh ke kalau aku naik? Watch your word bij aku godok mulut kau dengan pam jamban kang.

Alhamdulillah dapat tempat yang kitaorang nak tapi penuh gila dorm sebab campur 4 kelas.Cikgu ada kata,siapa nak tidur atas pon boleh maka kitaorang pun cepat² naik tingkat atas walaupun takda katil tapi dah cukup tidur atas lantai kayu,selesa sebab tak ramai.Yang tidur atas geng² aku je mimi,athirah,azlin,dayang,sora,peah dengan aku so bebudak lain susah nak kacau.

Malam tu dah start belajar Sains dari pukul 8-11.Malam tu naik² ke tingkat atas dah nampak akak² asrama yang tak balik tidur tempat kitaorang sambil tengok movie.Nasib baik tak ramai dalam 5 orang je camtu.Takpa ruang banyak lagi.Time nak tidur kemain panas tapi time tengah malam sejuk nakmatey.Aku tidur tak pakai bantal so aku hanya bergantung pada kain batik yang aku bawak.Aku terjaga pon sebab sejuk pastu pegi ambil selimut kawan sebelah.Pagi tu bangun dalam 4:30 mandi semua kau tahu jela,perempuan dalam 60 orang kongsi tandas yang sempit.Aku hanya mandi dua gayung(orang punya)tu pon rasa cam,selesanya.Kawan aku malas nak berebut bilik air dia lap pakai baby wipes je.

Pagi ada riadah,sarapan then turun balik belajar Sains dari 9-12 kalau tak salah.Makan tengahari pastu pukul 2 belajar English pulak dari 2-5.Aku dari belajar Sains malam tadi sampai English mata rabak gila,setan saja kacau aku.Menguap dah lebih dari 5 kali,tak dapat fokus.Time English kitaorang berpecah ikut kelas so kelas aku belajar dekat kelas.Time tu ada game bola so bila teacher kata take 5,semua menebeng dekat tingkap tengok orang main bola sebab kelas aku tepi padang.

Lepastu minum petang.Pastu cikgu kata perempuan stay dekat asrama sampai pukul 9.Petang tu memang aku mandi betul-betul lah.Time belajar bukan main berair mata tahan mengantuk,sampai asrama tak mengantuk dah hmm..malam tu sambung belajar english 9-10:30.Ok malam tu tak sempat supper sebab aku gi tandas,minum air banyak sangat.Cikgu kata kalau mengantuk minum air biar oksigen pegi ke otak tapi kes aku ni lain,dah habis sebotol pon tetap mengantuk,boleh dikatakan setiap 10 minit aku minum air.

Malam tu kecoh kata cikgu nak buat sport check sebab ada barua bagitau cikgu bebudak ni bawak phone.Nasib baik kawan² aku tak bawak tapi tulah yang bawak ni menyusahkan orang,diorang dengar je nak buat sport check,diaorang terus gi naik tingkat atas tempat kitaorang tidur sebab nak nyorokkan,ada yang charge phone la,yang tak pernah jejak kaki dekat atas,semua naik sebab nak nyorok phone.Pastu ada yang bijak sikit pegi nyorokkan phone dekat luar.Lagipun diaorang buat camtu sebab ada kawan aku marah kata "wei janganlah nak nyorokkan phone dekat atas,kang kalau cikgu jumpa kitaorang yang tidur atas ni jugak yang kena".Kau tak boleh ke tahan sikit tak pakai phone 2 malam je pun,konon setia dengan bf,mesej hari².Cikgu tak buat pon sport check,ada budak yang saja cakap camtu.Motif? Kau tau tak aku dah seram kalau cikgu bukak back pack aku,cikgu pengsan sebab bau masam baju sebelum-sebelum ni?

Malam tu yang tidur atas ramai sikit sebab akak asrama dah balik rumah so cam free sikit.Ada 3 orang budak tidur atas dengan kitaorang.Malam tu 2 kali terjaga sebab sejuk,malam tu memang siap² pakai stokin tapi masih sejuk,aku nak tarik selimut kawan sebelah tapi susah pulak.

Pagi tu semua bangun lambat,pukul 5 setengah.So malas nak kelam kabut,aku decided tak payah mandi,tukar baju je hahahahahaha.Lepas riadah and sarapan kitaorang belajar math dari 9-12 time tu mengantuk jugak sebab aku tak minat math.Pukul 12 tu cikgu suruh kemas barang semua and letak beg dekat luar asrama sebab budak asrama balik petang.Cikgu bahagikan tugas ikut kelas,3RK kemas dewan  yang kitaorang guna untuk program tu,3B kemas dorm,3C kemas tandas and 3D kemas tempat makan.Tengahari tu makan nasi lauk ayam masak merah,tak pedas tapi lepas 15 minit dah makan sakit perut pulak.Nak pegi tandas tapi budak-budak ni dah bersihkan.Nasib baik ada kawan yang sakit perut sekali  hahahaaaahahaha.Lepastu belajar dari pukul 2-4 dan bersurai tapi kelas aku kena kemaskan dewan T^T.

Time balik rumah letih la jugak.Aku terus tidur,tak kira mandi dah.Terjaga dalam pukul 7:30 mandi semua and makan.Pukul 9 baru start buat homework,itupon aku baring jap 15 minit.Alhamdulillah homework siap sebelum pukul 11.Malam tu tidur lena gila lagi² time tu hujan.

Esok pergi sekolah semua mata rabak.Ada yang tak sihat tapi tetap datang.Kelas aku 3RK 19 orang je datang,3B-15 , 3C-9 , 3D-4.Time tu cikgu tak ajar berat-berat pon sebab faham kitaorang mengantuk,apa taknya setiap kali ada gap semua lentok kepala atas meja sampai cikgu masuk.

Time rehat geng aku dah mula bukak cerita.Ada yang kena kacau,ada cikgu cerita budak 3D nak mandi wajib pastu ada orang ketuk pintu tandas.Cikgu kata,kalau kita fikirkan 'dia' memang benda tu dekat macam kita memanggil-manggil dia.Kawan aku,Azlin kata dia ada nampak pintu gerak tapi takda angin time kitaorang dekat atas,borak² (yang lain solat dekat surau sekolah) dengan aku,dia,sora and balkhis,dia sorang je menghadap pintu tu.Lepas dia perasan pintu tu dia ajak kitaorang turun pastu dia kata "nanti aku cerita".Dayang pulak time terjaga dari tidur nampak ada benda bertenggek atas iron board.Aku? Alhamdulillah tak kena kacau sebab sebelum tidur memang ambil wudhu and baca ayat kursi semua.

So itu je la pengalaman yang aku nak kongsikan.Bagi aku program ni tak berapa berkesan untuk aku sebab setiap kali belajar aku hilang fokus sebab mengantuk.Tapi ada satu perkara yang aku belajar,aku jadi lebih peramah sebab sebelum ni mana pernah nak cakap dengan kelas 3C,3D,cakap pon bila terdesak je.3B aku dah biasa sebab Pj,Kh campur kelas.Sampai satu tahap aku ingatkan aku kena rasuk sebab rasa macam bukan aku yang tengah bercakap time tu.

Korang share la apa² cerita pasal ASRAMA dekat bahagian komen.Bye!

Why You Need Mirror

Ssup,
*abaikan title 

Korang pernah tak belek² muka dekat cermin? Aku rasa semua orang suka buat.
Bila belek muka lama² aku perasan yang aku ni cantik sebenarnya.Bukan nak puji diri sendiri tapi itulah yang aku rasa setiap kali belek muka.Kalau sekali imbas aku tengok muka aku dekat cermin,aku rasa aku buruk hahahaha tapi bila belek lama² aku rasa aku cantik. 

Muka tak flawless,mata tak cantik,sepet.Bibir tak cantik tapi aku nampak yang aku cantik.Wei dah la tu puji diri sendiri hahahahahaha.  

Cuba korang belek² muka,cuba sampai korang dapat rasa yang korang cantik.Bagi aku,cukuplah mata sendiri yang nampak kecantikan diri dah boleh tambahkan keyakinan diri.  

Tak minta pon orang kata aku cantik sebab aku hari² puji yang aku cantik hahahahahahaha.Setiap orang,walaupun muka dia buruk macam mana pun,pasti ada kecantikan yang tersembunyi,sekali imbas memang tak nampak,sebab tu aku suruh belek lama². 

Aku rasa yang aku nampak 10 kali ganda better bila aku buat muka hodoh daripada buat muka cantik.
Bila diri sendiri rasa cantik,jangan pulak kau nak hina orang.Orang tak nampak pon aku cantik,tapi aku nampak mana kecantikan aku. 


Have a nice day!

Wordless Wednesday

"it hurts like hell when you know that you need to let go of someone but you can't, because you're still waiting for the impossible to happen"

Mini Giveaway By Niena Annisa

ASSALAMUALAIKUM


*click banner to join

Apa khabar semua? Jom ramai-ramai meriahkan first giveaway daripada Niena.

Giveaway ini bermula dari 3 April dan berakhir pada 30 April 2016 pada jam 11.59 malam.
Syarat penyertaan amat mudah. Niena harap semua dapat ikut ya.



HADIAH :







Shawl chiffon x 2 pemenang


Review:Jeju Tsubaki Face Mask

Ssup, 

Yes! Review lagi.Macam biasa aku akan review mask hahahahahahaha.Mask from Guardian. 

bad angle

Pamper your skin with Guardian Jeju Tsubaki Face Mask, which is made with ingredient specially harvested and imported from the beautiful jeju Island. Replenish essential daily nutrients on your skin and nourish skin with anti-oxidants, essential vitamins and minerals, leaving it soft and smooth.
before(i look like burn potato)
 
After 

Nampak tak perubahan?
Texture dia punya liquid tu cair tahap dia menitik aku harap korang faham.Dia cair,tak macam mask yang aku pernah pakai sebelum ni. 


Lepas pakai rasa kulit muka lembut,halus,mulus.Muka lebih cerah,aku tak tau la korang perasan ke tak hahahaha.Aku sebenarnya dalam proses menghapuskan burn dari muka,mula-mula merentas desa pastu burn tu kurang tetiba ada pulak sukan,lagi la teruk burn dia boleh bawak gaduh,sampai sekarang masih lagi berusaha menghapuskan burn.Selain pakai mask aku juga pakai aloe vera gel untuk redakan burn tu hehe 

Rate: 4/5 

Challenge Rindu by Hafiz Zulkafly

 
-klik banner untuk join- 
  


 




 




nampak sangat tak save no aku,dah pulak tak save no aku,reply lambat pulak tu

dah pulak reply lambat,tukar topic pulak tu
sama macam orang atas -_-
sampai harini dia tak reply,bluetick pon tak T^T
ni pon sama je -_-