HOME REVIEW

Skincare That Doesn't Work On Me

Ssup?

YEAYYY!!! I'm back after few months hiatus.Actually baru habis final exam so takda buat apa-apa.So I decided untuk active blogging and edit sikit-sikit blog.Kenapa sebelum final exam weekend rasa kejap je tapi after exam rasa sehari tu macam 25 jam? Hehe.I'm currently busy buat research (acah) pasal skincare sebab kalau kau tengok kulit aku dah macam jalan tar.I'm still trying few products and InsyaAllah will review it on my next post.

Ok back to the topic.I'm going to share SKINCARE THAT DOESN'T WORK ON ME since kulit aku ni banyak problem so banyaklah product yang aku cuba untuk cari yang betul-betul sesuai.I have three products,all of them from drugtore.

Maybe products yang aku share ni work on your skin sebab kulit masing-masing berbeza.Mohon jangan triggered! Hahaha

1)Miacare Acne Patch for Day and Night 

 


Why I bought?
Pernah baca review dekat twitter pasal acne patch ni tapi banyak brand la ada yang kata Miacare elok ada yang kata Nexcare elok.So aku cam berangan la lepas pakai supppp jerawat akan kecut dan hilang lepas guna lol.This will be my first and last time guna acne patch ok except Cosrx punya hehe.Time nak tanggal tu ya ampun sakitnya.Wax pon tak sakit camtu.Katanya dekat description,pus (benda kuning yang ada dekat jerawat) from the acne akan diserap ke acne patch so nanti bila tanggal jerawat tu kecut and pus from the acne ada dekat acne patch tu.Based on my experience pus tu tak diserap pon tapi time nak tanggal tu acne patch tu tarik sekali pus tu so I guess sebab tu la sakit.Aku try 3 kali acne patch ni but still didn't work so byebye.............duit HAHAHAHAHAHAHA

2)Neutrogena Alcohol-free Toner 

 


Why I bought?
Time tu pergi Guardian cari Aiken Toner tapi out of stock.Aku dah pulak desperate nak guna toner so nampak Neutrogena alcohol free toner ni.Aku memang dah lama nak try Neutrogena punya product lagi-lagi cleansing oil tapi tengok harga aku pon lupakan jela niat tu.I used 5 times camtu la but meh.Aku tak suka rasa lepas pakai toner ni rasa macam bukan pakai toner.It didn't work on my skin tapi bau dia best so aku simpan je la sampai sekarang.

3)Clean and Clear Active Clear Speed Acne Gel
Kemain panjang nama!   

 


Why I bought?
My previous pimple cream bosan tau pastu lambat pulak reduce the acne so I googled Top 10 drugstore acne gel/cream lebih kurang camtu la tak ingat sangat sebab dah lama.Nak try Mario Badescu drying lotion tak mampu HAHAH.Pastu nampak this product,so macam why not give a try.Aku guna dalam 7 kali camtu tapi takda apa-apa perubahan pon so i giveup and again byebye duit.

So 3 products yang aku share tu ada tak yang korang pernah pakai and bagus and work on your skin? Setiap orang kulit berbeza.Kalau product ni tak elok untuk aku tak semestinya tak elok untuk korang.Nak pilih product yang sesuai dengan kulit kita memang kena trial and error bukan cuba satu product terus elok.Pengalaman yang mengajar kita supaya pilih product yang betul.Kalau try product yang ada Salicylic acid lepastu tak sesuai dengan kulit,lepasni cari product yang takda salicylic acid ha gituu.Please share product that didn't work on your skin on the comment box below.I would like to read it.

THANK YOU FOR READING ♡

My Study Playlist

Ssup? 

Fyi aku bukanlah orang yang suka dengar bunyi piano,gitar atau nature sounds untuk study.Aku perlukan suara orang menyanyi untuk lebih focus (?) sambil study sambil menyanyi hahaha.Kalau tak study pon aku suka menyanyi jugak dekat rumah tapi dekat sekolah tak berani la huhu.Time basuh pinggan lagi best menyanyi,sambil cuci tandas ke.Lepas sahur sementara nak tunggu subuh pon aku menyanyi jugak. 

Me:cause we were just kids when we fell in love..♫ 
Adik:Jangan menyanyila nanti kau cepat dahaga. 
Me:BABY,I'M DANCING IN THE DARK WITH YOU BETWEEN MY ARMS BAREFOOT ON THE GRASS,LISTENING TO OUR FAVOURITE SONG 
  
Tahun lepas zaman PT3 suka buat homework math last minute aku selalu dengar playlist ni.  



Suara dia soft-soft je so lebih senang nak fikir semua.Tapi tahun ni tak boleh dah dengar playlist tu sebab:- 
  1. Dah muak dengar dari tahun lepas lagu ulang banyak kali. 
  2. Lagu sikit so playlist ni kena ulang 5 kali kot homework baru siap. 
  3. Tak membantu otak berfikir sebab physics and add maths ..💢 
Jadi aku membuat perubahan secara drastik daripada lagu santai-santai kepada rock.Honestly,aku tak suka rock tapi kalau Linkin Park dengan Fall Out Boy takpa :'))))  



Sambil buat homework sambil gegarkan kepala lepastu jerit-jerit hahaha.

Ok lagi satu this is my playlist untuk semua favourite song yang dengar hari-hari sambil mandi ke gosok gigi ke kan.Semua lagu inggeris ada few spanish song sebab lagu melayu aku suka dengar dekat radio atau Youtube je.



Ada 300+ lagu (tapi kenapa ada 200 je dekat atas?) sebab aku tamak k.Aku tak pakai JOOX sebab lagu VIP tak boleh play even Spotify free punya boleh shuffle play je tapi aku tak kisah pon sebab lagu apa-apa pon boleh play.Iklan dia sangatlah annoying ya.Tak suka iklan tapi nak beli premium tak mampu lol

Feel free to share your favourite playlist :) Comment down below

Life Update:Taiping,Hari Kantin,Exam and more


Assalamualaikum.
Ssup?


Sekian lama menyepi finally i'm back!! Tak tau la korang perasan ke tak tapi aku asyik private blog je sebab kalau biarkan public pon macam blog private je nampaknya.Tah siapa je yang stalk blog aku ni huhu.So,i'm going to share with you what happen sepanjang bulan yang telah berlalu since aku dah lama tak update.Instagram pon jarang upload gambar hehe.

Dah form 4 ni busy sikit la nak buat homework.Macam la selama ni takda homework hahaha.Pada 22/4/2017 kelas 4SN dan 5SN pergi lawatan ke Taiping,Perak untuk kerja lapangan subjek Biologi Tingkatan 4 Bab 8.Sambil buat kerja sambil jalan-jalan.

Gerak dari sekolah pukul 6:15 am,sebenarnya dalam jadual kata gerak pukul 5 am tapi pakcik bas lambat so yeah.Tempat pertama kitaorang pergi Zoo Taiping.Sorry malas nak letak gambar sebab semua gambar muka aku buruk.Kena buat kerja berkumpulan.Satu group 6 orang,setiap sorang kena cari 10 haiwan lepastu tulis keistimewaan,habitat,makanan dan nama saintifik.Ok masa memang tak cukup untuk duduk bergambar sebab  ya ampun letihnya acik rasa pusing-pusing zoo tapi merentas desa lagi letih.

Lepastu pergi muzium (tak ingat nama sebab letih dah time tu) jangan ko fikir pergi muzium takda aktiviti.Salah sorang guru pengiring tu ada buat pertandingan gambar paling kreatif.Kena tangkap gambar dalam muzium lepastu send dekat cikgu.Time tu kemain posing sana sini.Selepas letih posing,menangkap gambar,mengedit tiba la masa yang dinanti-nantikan iaitu pergi tempat penginapan.Sumpah penat dah pulak hujan,rasa nak tidur.  

Dekat muzium.
Ikan ni nampak hdup pulak,padahal replika je hahahahaha
Sampai dekat Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang tu nak dekat maghrib dah.Aku dapat bilik hujung dekat dengan bilik lelaki dan jauh dengan tandas perempuan. Allahu dah pulak lampu malap-malap je.Depan, belakang,kiri,kanan paya bakau.Aktiviti malam tu naik bot untuk tengok kelip-kelip.Perjalanan naik bot tu dalam 30 minit.Dah pulak sejuk,gelap and badan letih rasa nak tidur je dalam bot tu.Dapat la tengok kelip-kelip tapi aku tak tangkap gambar sebab phone tinggal dekat bilik hahahahaha.


Lepas dah habis aktiviti malam tu kitaorang masuk bilik masing-masing nak tidur.Bilik tu ada 6 katil tapi satu bilik ada 8 orang so katil kena rapatkan dan tidur beralaskan beg (aku sorang je camtu) Menyesal pula tak bawak sweater sebab banyak nyamuk.No joke ok.Kawan aku tidur pakai telekung kot seram pulak.Nyamuk dia jenis slow tau,tak takut orang.Time kau mandi pon dia sempat lagi gigit.

Keesokkan paginya lepas dah siapkan diri,semua berkumpul dekat kantin.Ok if you wondering kitaorang makan dekat mana,dekat sana ada kantin and kitaorang juga ada bawak stock makanan untuk seminggu padahal 2 hari je dekat sana.Lepas sarapan kami mulakan aktiviti tengok paya bakau.Sepatutnya ada ranjer hutan yang bawak kitaorang tapi memasing ada hal and time tu hari Ahad maka,kitaorang ikut je cikgu.Tak silap aku kena jalan 2 km camtu la untuk sampai exit dia tu.Jalan dia licin,berlumut so kena hati-hati takut jatuh.


  



Lepas dah keluar tu kitaorang jalan kaki pergi kilang arang.Dekat je cuma kena cross jalan.Dekat sini takda gambar sebab malas hahaha.Ingatkan time balik dari kilang arang tu nak makan mee rebus tapi semua tak nak,yang ada pon 3 orang je tapi diaorang pon last-last tak jadi pergi hahaha.Dekat sini banyak monyet jadi mohon tabahkan diri.Memandangkan harini last day so sampai bilik semua pack barang dan pergi mandi sebab masing-masing berpeluh + bau asap melekat dekat baju.Balik tu singgah Aeon untuk solat dan makan serta boleh la usya-usya jodoh ya hahaha.

Time balik singgah satu RnR je untuk solat lepastu balik sebab dah malam.Dalam bas cikgu umumkan pemenang gambar paling kreatif and guess what? Group aku menang tempat kedua hehe.Ok tamat~

10/5/2017 sekolah ada buat hari kantin.Kelab aku,Kitar Semula join buat jualan air float,buah-buahan.Aku tak jaga gerai sangat sebab jaga checkpoint untuk treasure hunt.Banyak sangat aktiviti tapi tak sempat nak tengok semua pameran.Takda gambar sebab haritu aku alone.Dah pulak takda kawan.Sebenarnya ada je gambar dengan team Kitar Semula tapi dah delete sebab i look so bad.

Harini baru je habis exam.Ok je la kot time jawab paper kecuali fizik dengan add maths.Hampir baring jugak la aku dekat lantai time jawab tu.Musim exam ni lagi la alone.Dah pulak time exam memang duduk sorang-sorang,kalau ada gap paper pon study sorang-sorang jugak,balik jalan sorang-sorang.Ok aku suka sebab tak payah jaga hati orang dan lebih aman dan tenang untuk study last minute hahahaha.Terima kasih kepada kawan barisan sebelah yang selalu bagi pinjam staple.Terima kasih kepada orang depan yang asyik jenguk-jenguk saya time exam hahahahaha kawan depan aku pusing-pusing belakang sebab asyik pinjam correction tape.Takda makna orang nak jenguk aku de.


Itu sahaja rasanya perkara menarik yang berlaku selain daripada crush aku request follow dekat instagram hahahahahaha. 


Kepada yang kebetulan terbaca post ni,kalau sudi komen la ye sebab kalau takda respon dari pembaca rasa macam takda orang baca blog ni :'( saya perlukan support ye maklumlah takda fans.Selamat berpuasa,bersahur,berbuka!